Webinar Cybersecurity “Tiktok, Instagram & Threads : Bagaimana Data Anda Dikumpul Tanpa Sedar”
24 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2026, telah diadakan Webinar Cyber Security bertajuk “Tiktok, Instagram & Threads : Bagaimana Data Anda Dikumpul Tanpa Sedar” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Webinar ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang cara platform media sosial mengumpulkan data pengguna melalui aktiviti dalam talian, tetapan aplikasi, dan kebenaran akses. Peserta mempelajari kepentingan melindungi privasi digital, mengurus tetapan keselamatan akaun, mengenal pasti risiko perkongsian maklumat peribadi, serta mengamalkan penggunaan media sosial secara lebih selamat dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: